Saturday, May 8, 2021

Suami sanggup jual sandwic dibekal isteri demi…

Mesti baca

UNITED KINGDOM: Niat isteri menyediakan makanan untuk suaminya bertujuan menjimatkan belanja mereka sekeluarga rupa-rupanya dipermainkan suaminya.

Pasangan itu merancang membeli sebuah pangsapuri dan isterinya mengambil keputusan menyediakan sendiri makanan tengah hari suaminya supaya mereka dapat menjimatkan wang dan si suami juga dapat makanan yang menyihatkan.

Sebelum ini suaminya membeli makanan segera dikantin pejabatnya.

Ekoran itu setiap hari dia menyediakan sandwic untuk suaminya. Setiap kali dia bertanya sama ada sandwic tersebut sedap, suaminya tidak menjawab sebaliknya memintanya menambah jumlah sandwic terbabit.

Menurut Reddit, suaminya kantoi apabila salah seorang rakan sepejabatnya datang melawat kediaman mereka beberapa hari lalu.

Rakannya mengeluarkan sandwic tersebut di hadapannya dan memuji kesedapannya.

Namun, rakannya memberitahu harga sandwic itu agak mahal.

Isterinya, mulanya tidak faham maksud rakannya sehingga dia diberitahu bahawa suaminya menjual sandwic di pejabat dan wang tersebut digunakan untuk membeli makanan segera di kantin mereka.

Sebagai alasannya si suami memberitahu dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan menjual sandwic tersebut kerana tidak menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli makanannya.

Isterinya yang masih marah dengan perbuatannya memberitahu dia tidak mahu lagi membuat sandwic untuk suaminya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru