Tuesday, May 11, 2021

Rekod baharu Sarawak: 607 kes hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan satu lagi rekod baharu hari ini.

Rekod tertinggi berlaku dalam tempoh 24 jam lalu dengan 607 kes sekali gus tertinggi di negara ini.

Sebelum ini, negeri ini merekodkan 555 kes tertinggi.

Semalam Sarawak merekodkan 351 kes.

Dengan kes terbaharu itu, Sarawak kini merekodkan 20,959 kes keseluruhan.

Dalam ciapan Twitter Ketua Pengarah Kesihatan  Tan Sri Dr  Noor Hisham Abdullah  berkata, jumlah keseluhan harian   di negara ini  dalam tempoh 24 jam lalu ialah 1,767 kes.

Ini, katanya menjadikan 363,940 kes keseluruhannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru