Monday, August 2, 2021

Pandelela takut jarum suntikan

Mesti baca

Ratu terjun negara Pandelela Rinong, seorang altet yang dikenali sebagai amat berani dan mampu untuk terjun daripada platform setinggi 10 meter dengan mudah, namun ramai yang tidak mengetahui bahawa sejak kecil lagi beliau sebenarnya takut kepada jarum suntikan, lapor Bernama.

Namun, demi keselamatan diri dan rakan-rakan lain, atlet 28 tahun itu mengatasi ketakutannya itu, untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama-sama atlet lain dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo.

“Saya jenis yang takut jarum tapi tadi syukur tak sakit, jururawat pun baik, semua orang mesra dan bekerjasama,” katanya selepas menerima suntikan pertama Pfizer-BioNTech bersama-sama 263 atlet dan individu lain di Pusat Vaksinasi Kompleks Sukan Desa Tasik di Cheras hari ini seperti dilapor Bernama.

Selepas pengambilan itu, atlet dari Sarawak itu kini lebih yakin dalam menjalani rutin harian, berlatih dan pertandingan, termasuk Piala Dunia Terjun di Tokyo yang dijadualkan dari 1-6 Mei.

Pandelela, yang memenangi pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 bersama-sama Cheong Jun Hoong, kelihatan bersemangat untuk mengambil bahagian dalam kejohanan, mahu menggunakan pertandingan di Tokyo itu bagi mendapatkan semula suasana pertandingan lebih awal daripada Olimpik pada Julai di venue yang sama.

Secara Rawak

Artikel Terbaru