Sunday, July 3, 2022

Covid-19: 12 kematian baharu hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini  memaklumkan 12 lagi kematian baharu direkodkan setakat tengah hari tadi di negara ini.

Katanya, Sabah dan Sarawak masing-masingnya merekodkan empat kes, diikuti tiga kes di Selangor dan satu kes di Terengganu.

Sarawak merekodkan kes tertinggi harian, dan sekali gus tertinggi di negara ini hari ini apabila mencatatkan 607 kes. Beberapa hari lalu, Sarawak merekodkan 555 kes harian.

Jelasnya lagi, 199 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seramai 82 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba  berkata kadar kebolehjangkitan (Rt atau R-naught) bagi Sarawak meningkat kepada 1.1 hari in berbanding 1.08 semalam.

Katanya, trend peningkatan kes baharu di negeri itu bermula pada 9 Januari lalu.

Kes berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

Sarawak (607)

Selangor (483)

Kuala Lumpur (133)

Sabah (117)

Kelantan (103)

Pulau Pinang (92)

Johor (74)

Kedah (39)

Perak (36)

Negeri Sembilan (29)

Melaka (17)

Pahang (14)

Terengganu (13)

Putrajaya (7)

Labuan (3)

Perlis (0)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru