Tuesday, May 11, 2021

Penemuan minyak dijangka bawa kesan pembangunan ke Balingian, Mukah

Mesti baca

BALINGIAN: Para penduduk di kawasan ini dijangka akan menerima kesan langsung daripada penemuan telaga minyak di sini oleh Petronas baru-baru ini.

Ketua Menteri dalam satu acara di sini semalam menjelaskan, kesan pembangunan dijangka akan dapat dirasai di kawasan Mukah dan Balingian ekoran penemuan berkenaan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penemuan itu mungkin memerlukan Petronas membina platform di kawasan Mukah dan Balingian.

Sebelum ini Petronas mengumumkan penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1, Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) di Balingian, Mukah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru