Tuesday, June 22, 2021

Kes meningkat: Adakah salah JPBNS?

Mesti baca

KUCHING: Rakyat Sarawak diminta memahami peranan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam pengurusan pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, susulan peningkatan tinggi kes Covid-19 di Sarawak, terdapat rakyat di media sosial menyalahkan JPBNS.

“Peranan JPBNS hanya mengeluarkan garis panduan (SOP), menguat kuasa undang-undang dan memantau pelaksanaan SOP tersebut.

“Kerajaan Sarawak juga menyediakan peruntukan diperlukan untuk pengoperasian Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, semalam.

Tambahnya, melihat kepada keadaan sekarang langkah diambil JPBNS dan peruntukan disediakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan Covdi-19.

“Penularan ini cuma dapat dikawal hanya dengan adanya kerjasama semua pihak termasuk rakyat setempat yang mempunyai peranan masing-masing mengekang penularan Covid-19 ini.

“SOP majlis sosial juga dikeluarkan oleh JPBN dan hendaklah sentiasa diamalkan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, terlalu banyak nyawa yang terkorban dan mangsa menderita akibat Covid-19 ini dan ia sepatutnya menjadi iktibar semua pihak.

“Sehubungan itu, Sarawak berjaya melandaikan tiga gelombang Covid-19 sepanjang 2020.

“Sekali lagi saya menyeru rakyat kembali kepada sikap waspada dan berjaga-jaga supaya Covid-19 ini tidak menular serta jangan leka, jangan lalai dan jagalah kesihatan kendiri termasuk keluarga,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru