Tuesday, June 22, 2021

Biarlah semua ini menjadi iktibar rakyat Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Rakyat Sarawak diminta untuk memahami peranan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam pengurusan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, susulan daripada peningkatan tinggi kes Covid-19 di Sarawak terdapat rakyat di media sosial telah menyalahkan JPBNS.

“Peranan JPBNS hanya mengeluarkan garis panduan (SOP), menguatkuasakan undang-undang dan memantau pelaksanaan SOP tersebut.

“Kerajaan Sarawak juga telah menyediakan peruntukan yang diperlukan untuk pengoperasian Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, semalam.

Tambahnya, melihat kepada keadaan sekarang langkah diambil JPBNS dan peruntukan disediakan oleh kerajaan untuk mengekang penularan Covdi-19.

“Penularan ini cuma dapat dikawal hanya dengan adanya kerjasama daripada semua pihak termasuk rakyat setempat yang mempunyai peranan masing-masing untuk mengekang penularan Covid-19 ini.

“SOP majlis sosial juga telah dikeluarkan oleh JPBN dan hendaklah sentiasa diamalkan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, terlalu banyak nyawa yang telah terkorban dan mangsa telah menderita akibat Covid-19 ini dan ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua pihak.

“Sehubungan itu, Sarawak telah berjaya melandaikan tiga gelombang Covid-19 sepanjang tahun 2020.

“Sekali lagi saya menyeru untuk kembali kepada sikap yang berwaspada dan berjaga-jaga supaya virus Covid-19 ini tidak menular serta jangan leka, jangan lalai dan jagalah kesihatan kendiri termasuk keluarga,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru