Saturday, May 8, 2021

136.62 juta kes jangkitan,  2.94 juta mati

Mesti baca

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 136.62 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 2.94 juta manakala lebih 109.85  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Isnin menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 136,627,405.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.91   juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 575,829  termasuk 276  kes terbaharu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India yang memintas Brazil dengan 13.52  juta kes  dengan  170,209  kematian termasuk 904  kes terbaharu manakala Brazil  lebih 13.48 juta kes dengan  353, 293  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Turki, Itali, dan  Sepanyol  melebihi tiga juta.

Perancis berada di tangga keempat dengan lebih 5.05 juta kes, Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.64 juta kes, UK  lebih 4.36  juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru