Sunday, July 3, 2022

Kanak-kanak tertidur semasa persembahan tarian

Secara Rawak

BEIJING: Telatah kanak-kanak tertidur semasa menyertai persembahan tarian di pentas menyebabkan pelayar media sosial geli hati melihatnya.

Menurut Global Times, video kanak-kanak itu tular di media sosial menunjukkannya tertidur di pentas semasa persembahan tariannya.

Kanak-kanak berusia 5 tahun itu duduk dan tertidur ketika rakan-rakannya meneruskan gerakan tarian mereka.

Penari yang berada di sebelahnya berusaha berkali-kali membangunkannya, namun usahanya tidak berjaya, malah dia terus tidur nyenyak sehingga selesai persembahan.

Telatah kanak-kanak itu menyebabkan penonton majlis itu dan yang menyaksikannya secara maya ketawa dan geli hati.

Menurut ibunya anaknya biasa tidur sebentar selepas makan tengah hari, tetapi hari tersebut dia tidak dapat melakukannya dengan baik.

Ibunya memberitahu dia juga tidak dapat membangunkannya selepas persembahan tersebut kerana si kecil itu sangat letih selepas berlatih berhari-hari untuk acara tariannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru