Friday, October 7, 2022

Belum ada akhir: 135.94 juta kes jangkitan, 2.93 juta mati

Secara Rawak

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 135.94  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 2.93 juta manakala lebih 109.35  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Ahad menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 135,947,795.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.86   juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 575,593 termasuk 740  kes terbaharu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   13, 445,006  juta kes  dengan  351,469  kematian termasuk 2,535  kes terbaharu manakala India lebih 13.35  juta kes dengan  169,305 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Perancis berada di tangga keempat dengan lebih 4.98  juta kes, Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.63 juta kes, UK  lebih 4.36  juta kes.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru