Tuesday, June 22, 2021

Sarawak kedua tertinggi terima dua dos vaksin

Mesti baca

KUCHING: Sarawak muncul nombor dua dari segi jumlah individu  dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat Khamis.

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 48,493 individu diikuti Sabah (39,089), Perak (34,436), Kuala Lumpur (32,141) dan Sarawak (29,873)

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba  menrusi satu infografik  dikongsi melalui laman Twitter rasmi  menyatakan bagi tempoh sama seramai 558,750 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini adalah 919,721.

Dr Adham memaklumkan lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 75,225, diikuti Sarawak (57,466), Perak (52,548), Sabah (52,322) dan Kuala Lumpur (51,100).

Bagi jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, Dr Adham memaklumkan setakat semalam seramai 8,309,480 atau 34.30 peratus telah mendaftar dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,237,971.

Secara Rawak

Artikel Terbaru