Saturday, May 8, 2021

Polis temui 424 pakaian gadis di rumah pencuri

Mesti baca

SAGA: Polis di Kita Saga, Jepun menahan lelaki berusia 30 tahun yang disyaki mencuri pakaian remaja perempuan termasuk seluar dalam dan baju renang.

Menurut Japan Today, suspek dikenali sebagai Takahiro Kubo, bekerja sebagai juruelektrik, cuba mencuri baju renang yang dijemur di luar rumah sekitar 10 pagi pada 10 Mac.

Polis mengatakan penghuni di dalam rumah melihat aksi Kubo lalu menggunakan telefon pintarnya merakam aksinya, tetapi Kubo kemudiannya berlalu pergi tanpa mengambil baju renang tersebut.

Melalui rakaman itu, polis berjaya menjejakinya di kota Ogi dan bertindak menahannya pada 6 April selepas menemui terdapat lebih 424 pakaian dalam dan renang di rumahnya.

Kubo mengaku mencuri pakaian terbabit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru