Saturday, May 8, 2021

Nasihatkan kawan agar tinggalkan suami, wanita disaman 50,000 riyal

Mesti baca

JEDDAH: Seorang wanita di Arab Saudi disaman 50,000 riyal (RM55,195) kerana memberi nasihat salah kepada rakannya dengan mendesaknya mencari suami yang lebih baik daripada suaminya sekarang.

Mahkamah Kriminal Jeddah mengarahkan wanita tersebut membayar denda itu kepada suami kawannya.

Menurut Gulf News, wanita tersebut berikrar tidak memberi nasihat kepada rakan-rakannya yang sudah berkahwin seumur hidupnya tidak kira apa juga masalah yang dihadapi mereka.

Dia juga mengatakan niatnya hanya mahu yang terbaik untuk kawannya.

Suami rakannya menyamannya kerana memusnahkan perkahwinan dan mendakwa wanita tersebut memberi nasihat negatif kepada isterinya, selain menyuruhnya agar tidak mematuhi kata-kata suaminya.

Kumpulan peguam menyifatkan kes ini amat unik dan merupakan yang pertama diadili di negara itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru