Tuesday, May 11, 2021

Jalan dua laluan ke Santubong, Damai

Mesti baca

KUCHING: Sebagai usaha menaik taraf kawasan Damai sebagai destinasi pelancongan yang menarik, Kerajaan Negeri merancang membina laluan berkembar ke kawasan itu Sanbtubong dan Damai.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, laluan terbabit akan bermula dari bulatan Yayasan Sarawak, dan dirancang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

“Kita juga akan menaik taraf hotel di Damai agar lebih sesuai dengan keperluan dan kehendak para pelancong antarabangsa,” katanya dalam satu majlis di sini, semalam.

Kawasan Damai dan Santubong menarik perhatian pelancong, termasuk Kampung Budaya.

Abang Johari berkata, antara daya tarikan lain ialah PulauSatang dan Tanjung Sepak yang terkenal dengan aktiviti menyelam.

Justeru, beliau menjelaskan Kerajaan Sarawak berazam mempromosikan kawasan terbabit.

Katanya, kerajaan merancang menjadikan Santubong sebagai kawasan untuk aktiviti astronomi kerana lokasinya yang strategik.

Secara Rawak

Artikel Terbaru