Saturday, May 8, 2021

Hakim saman diri sendiri gara-gara deringan telefon

Mesti baca

ABU DHABI: Dalam insiden yang bakal terpahat dalam sejarah kehakiman Mesir, Ketua Hakim Mahkamah Aswan, Mohsen Klopp mengarah dirinya sendiri membayar denda 500 paun Mesir (RM131.61) kerana mengganggu urusan mahkamah.

Puncanya apabila elefon bimbitnya berdering semasa sesi mahkamah berlangsung, lapor Gulf News.

Tindakannya ini menyebabkan pihak pendakwa raya serta orang ramai yang berada dalam di mahkamah itu tergaman, seperti tidak percaya perkara yang sedang berlaku di depan mata.

Undang-undang Prosedur Sivil Mesir menegaskan setiap individu yang telefon bimbitnya berdering semasa perbicaraan di mahkamah mungkin di rah keluar dari bilik, telefon dirampas atau didenda.

Menurut peraturan itu lagi jika seseorang mengganggu sesi perbicaraan, hakim mempunyai hak mengusir mereka keluar mahkamah.

Sekiranya individu itu enggan mengikut arahan, hakim boleh memenjarakan mereka 24 jam atau mendenda 500 paun Mesir.

Undang-undang ini dilaksanakan kerana ramai klien, peguam dan hakim menyuarakan rasa tidak puas hati apabila segelintir individu membiarkan telefon berdering semasa sesi mahkamah berlangsung.

Secara Rawak

Artikel Terbaru