Tuesday, May 11, 2021

Geng rompak bersenjata di Miri tumpas

Mesti baca

MIRI: Empat lelaki disyaki ‘Gang Richard’ yang terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah rumah di Pujut-Lutong Selasa berjaya diberkas polis, semalam.

Dalam kejadian rompakan itu dua suspek dilaporkan memasuki rumah sebelum salah seorang daripadanya mengacukan sebilah parang ke leher mangsa yang ketika itu tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi bising.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata kesemua suspek berjaya dikesan menerusi Ops Cantas yang dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Miri.

“Hasil awal Ops Cantas menemui kenderaan pacuan empat roda yang ditinggalkan oleh perompak di sebuah kawasan semak samun berdekatan Jalan Kuala Baram.

“Seterusnya kita berjaya mengesan serta menahan empat suspek terlibat secara langsung kes manakala empat lagi individu turut ditahan kerana disyaki menyimpan barang-barang hasil rompakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru