Tuesday, May 11, 2021

Padawan tiada bazar Ramadan

Mesti baca

KUCHING: Tiada sebarang penganjuran bazar Ramadan di Bahagian Kuching pada tahun ini selepas Majlis Perbandaran Padawan (MPP) turut memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan Timbalan MPP Datuk Ahmad Ibrahim serta mengambil kira pembatalan penganjurannya oleh beberapa majlis tempatan lain.

“Selain itu, kita mendapati orang ramai turut meminta MPP membatalkan penganjuran bazar memandangkan situasi pandemik Covid-19 di negeri ini masih belum reda.

“Bagaimanapun, saya yakin rakan-rakan kita yang beragama Islam akan tetap menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan penuh kegembiraan seperti biasa,” katanya pada pemberita selepas lawatan kerja di Jalan Semeba, hari ini.

Sebelum ini MPP menerima 10 permohonan untuk mengelolakan bazar Ramadan di kawasannya iaitu di Sentosa Square Kota Sentosa, tempat letak kereta kedai Taman Malihah, Pusat Komersial Prince, Pusat Komersial Lee Ling, Pasar Batu 10, Pasar Komuniti Rumpun Silat Sarawak MJC, E-Mart Matang, E-Mart Batu Kawa, MJC Square dan tempat letak kereta KFC Matang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru