KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri telah mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru dan Kluster Sungai Kawi, Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 42 kluster yang masih aktif.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kluster yang melaporkan penambahan kes.

“Manakala 29 kluster lagi tidak ada penambahan kes,” katanya.

Tambah JPBN, Daerah Dalat dan Daro telah bertukar daripada status hijau kepada status kuning setelah masing-masing merekodkan satu dan empat kes jangkitan tempatan semalam.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau menurun kepada lima daerah dan daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 19 daerah.

“Sebanyak 12 daerah kekal berstatus merah dan empat daerah kekal berstatus jingga,” ujarnya.