MIRI: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar, Sarawak Forestry Corporation (SWAT SFC) Miri menangkap seekor buaya di Sungai Raan, Bakam di sini hari ini.

Buaya jantan sepanjang 9 kaki 2 inci itu berjaya ditangkap menggunakan kaedah pancing.

Menurut SFC, operasi menangkap buaya itu dibuat susulan aduan daripada orang awam pada Selasa lepas tentang seekor buaya yang kelihatan di tebing sungai berkenaan.

“Sampel buaya tersebut telah diambil untuk penandaan dan buaya berkenaan akan dihantar ke Benaya Farm Kuala Baram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, orang awam yang ingin membuat laporan mengenai hidupan liar boleh menghubungi SFC di Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).