WASHINGTON: Seorang lelaki berkongsi pengalamannya dibayar gaji terakhirnya dengan wang syiling, mendapat pelbagai reaksi pelayar media sosial.

Menurut Ary News, lelaki tersebut sebelum ini bekerja di A OK Walker Luxury Autoworks di Peachtree yang pernah menarik perhatian media kerana menghasilkan kereta Ford Mustangs untuk filem lakonan Clint Eastwood “Trouble With the Curve”.

Kini syarikat itu menerima perhatian ramai sekali lagi selepas didakwa membayar gaji bekas pekerjanya menggunakan wang syiling.

Syiling tersebut bernilai 91,500 (3,794.05) sen, iaitu AS$915 (RM3,794.05) mengikut gaji Andreas Flaten bekas pengurus syarikat itu.

Menurut Flaten, bekas majikannya meninggalkan wang syiling yang berkilauan di jalan masuk kediamannya pada 12 Mac untuk menghukumnya kerana berhenti kerja dan tindakannya yang berkali-kali menuntut gaji terakhirnya.

Sejak teman wanitanya menyiarkan video wang syiling tersebut di Instagram pada 13 Mac lalu, dia mendapat simpati ribuan orang yang juga mempunyai hubungan tegang dengan majikan mereka di tengah-tengah pandemik ini.

Menurut Flaten, jika bekas majikannya hanya memberi wang syiling tersebut dia tidak kisah, namun mereka telah menyimbah wang syiling itu dengan minyak.

Flaten dan teman wanitanya, Olivia Oxley, menghabiskan beberapa jam berikutnya dengan membawa sekitar 500 paun syiling tersebut ke garajnya dengan kereta sorong.