KUCHING: Terdapat 211 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak dengan satu kematian dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata, daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Bintulu (70), Sibu (35), Sarikei (21), Miri (19), Kuching (15), Sri Aman (8), Beluru (7), Kapit (6), Meradong (6), Limbang (6), Samarahan (5), Subis (3), Bau (2), Marudi (2), Lubok Antu (1), Julau (1), Serian (1), Mukah (1), Dalat (1), dan Tanjung Manis (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,707 kes.

“Daripada 211 kes baharu yang dilaporkan, seramai 56 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 178 kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, susulan terdapat satu kes kematian baharu tersebut ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 telah meningkat kepada seramai 117 orang.