Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 133.66 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 2.89  juta manakala lebih 107.79 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Khamis menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 133,668,992

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.63 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 571,634,921 termasuk 834 kes terbaharu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   13,197,031 juta kes  dengan  341,097  kematian termasuk 3,733  kes terbaharu manakala India lebih 12.92 juta kes dengan  166,892  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Perancis berada di tangga keempat dengan lebih 4.84  juta kes, Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.60 juta kes, UK  lebih 4.36 juta kes.