KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan, Sarawak merekodkan jumlah kes tertinggi di negara ini dengan 332 kes baharu positif Covid-19.

Ini berbanding 385 kes semalam.

Dengan kes terbaharu itu, jumlah kes di Sarawak setakat ini ialah 18,496.

KKM berkata, terdapat  1,139 kes  Covid-19  dalam tempoh 24 jam lalu.

Melalui satu hantaran di Facebook,  Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah jumlah keseluruhan kes 354,468.

Untuk rekod, Malaysia berada di tangga ke-46 di dunia dari swegi jumlah keseluruhan kes.

Sarawak diikuti  Selangor (294), Johor (102), Pulau Pinang (93), Kuala Lumpur (84), Sabah (60), Kelantan (38), Kedah (35), Negeri Sembilan (30), Perak (24), Pahang (23), Melaka (13), Terengganu (10) dan  Labuan (satu).