Tuesday, May 11, 2021

RM18.5 juta diperuntuk untuk projek rakyat di Bintangor

Mesti baca

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM18.5 juta untuk melaksanakan dua Projek Rakyat di Bintangor.

Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf jalan utama di Batu 2 Jalan Kelupu Bintangor.

Manakala sebanyak RM8.5 juta lagi diluluskan kerajaan negeri untuk membina kolam renang di Daerah Meradong.

Bercakap ketika meninjau tapak projek itu pada Selasa, Datuk Ding menasihatkan agensi pelaksana supaya mempertingkat lagi usaha untuk menyiapkan projek tersebut mengambil kira keadaan cuaca yang baik ketika ini.

Sementara itu, Datuk Ding turut meninjau masalah penyelarasan jalan di bawah jalan raya kedua di Sungai Tulai di mana terdapat dua buah keluarga mengalami masalah pembinaan rumah yang baharu kerana tiada ruang tanah.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru