LUNDU: Sebanyak RM3,000 geran diperuntukkan kepada dua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan dan Lundu di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, geran tersebut diberikan bagi membiayai peruntukan makanan pelajar miskin di kedua-dua sekolah tersebut.

“Ia akan dibayar kepada kantin atau dewan makan ketika pelajar menghadiri kelas tuisyen,” katanya pada Program Penyerahan Geran Jawatankuasa Projek-Projek Khas N3 Tanjong Datu di sini, semalam.

Sementara itu katanya, sebanyak 18,800 penduduk di kawasan Lundu yang telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin setakat ini dan ia masih belum mencapai sasaran ke arah 30,000 pendaftaran.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) terus menyebar maklumat mengenai pendaftaran vaksin selain mengekalkan kawasan Lundu berada dalam zon hijau.

Pada program tersebut, sejumlah RM111,000 peruntukan turut diagihkan kepada 15 badan  bukan kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Lundu.