KUCHING:  Kampung Serpan Laut, Asajaya, Bahagian Samarahan dan Penjara Sri Aman serta kuarters kakitangannya. Akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD)  berkuat kuasa esok.

Dua lokaliti  itu akan dikenakan PKPD sebagai langkah membendung penularan Covid-19.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, PKPD dikenakan sehingga 21 April akibat peningkatan kes secara mendadak di lokaliti tersebut dalam tempoh tujuh hari dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Sementara itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini, Kampung Chupak, Siburan, Serian akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Hari ini Sarawak merekodkan 332 kes positif Covid-19, tertinggi di negara ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 18,496 kes setakat ini.

Sementara itu, JPBNS dalam satu kenyataan berkata, Meradong merekodkan 121 kes, Bintulu (48), Miri (43), Sibu (36), Kuching (24), Samarahan (13 dan Julau (6).

Asajaya pula merekodkan enam kes, Beluru (4), Sri Aman (4), Betong (3),  Kapit (3), Mukah (3), Sebauh (2), Subis (2), Belaga (1), Dalat (1), Limbang (1), dan Tebedu )1).