PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn meneruskan siri lawatan ke kebun-kebun bagi melihat perkembangan terkini para petani di kawasan Tarat.

Beliau yang diiringi oleh Pegawai Pertanian Bahagian Serian, Heidylia Joshua serta pegawai pegawai pertanian yang lain.

Dalam siri lawatan itu, para petani turut diberi tunjuk ajar dan nasihat ringkas oleh pegawai pertanian yang terlatih dalam penjagaan tanaman dan menerangkan jenis-jenis bantuan pertanian yang boleh dimohon oleh penduduk.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah telah melakukan lawatan ke beberapa kebun para petani di Kampung Subang, Kampung Darul Islam Belimbing, Kampung Munggu Kopi, Kampung Rayang, Kampung Sg Barie dan Morganic Farm Jalan Kuching-Serian.