SRI AMAN: Seorang warga emas meninggal dunia selepas dilanggar van ambulans di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching, pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 69 tahun disahkan maut dalam perjalanan menuju ke Hospital Sri Aman susulan kejadian.

Menurutnya insiden sekitar jam 10.45 malam itu berlaku ketika mangsa berjalan kaki cuba melintasi jalan di kawasan Rapak Tepus A.

“Hasil siasatan awal mendapati van ambulans Klinik Kesihatan Pantu dalam perjalanan menuju ke Lachau untuk mengambil mangsa kemalangan jalan raya.

“Tiba di lokasi kejadian van terbabit telah melanggar mangsa yang cuba melintas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.