KUCHING: Pernah menjalani hukuman penjara selama 16 tahun, seorang lelaki berusia 45 tahun, kini didakwa merompak seorang wanita.

Tertuduh disyaki merompak kereta pacuan empat roda, Hilux Double Cab 2.5 AT, sekitar 4.25 petang di tapak parkir kereta pasar raya di Batu Kawa, 21 Mac lalu.

Lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh dua penjamin dengan dibenarkan mendeposit RM5,000 tunai untuk bebas sebelum sebutan semula kes 5 Mei depan.

Dia didakwa merompak di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.