RIYADH: Pemerintah Arab Saudi memberikan kebenaran umrah bermula awal Ramadan ini, namun hanya terbuka untuk jemaah yang sudah mendapatkan vaksin Covid-19.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membenarkan tiga jenis kategori individu yang dianggap imun iaitu; individu yang mendapatkan dua dosis vaksin; individu dapat satu dos vaksin dalam 14 hari sebelum umrah; dan individu sembuh Covid-19.

Pada Julai 2020, Arab Saudi mengadakan ibadah haji terhad dengan menerima 10,000 muslim warga Arab Saudi sendiri berbanding 2.5 juta sebelumnya.

Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Oktober 2020, untuk jemaah pertama kalinya dengan mengikuti SOP sejak ia ditutup tujuh bulan akibat pandemik.