KUCHING: Terdapat 385 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah berkata daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Sri Aman (129), Sibu (81), Bintulu (52), Miri (45), Kuching (22), Saratok (13), Lubok Antu (10), Marudi (6), Samarahan (5), Beluru (5), Asajaya (5), Pakan (3), Sebauh (2), Mukah (2), Limbang (2), Sarikei (1), Bukit Mabong (1) dan Kanowit (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 18,164 kes.

“Daripada 385 kes tersebut, 128 kes adalah dari Penjara Sri Aman iaitu dari Kluster Tembok Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian kemas kini pandemik Covid-19 di sini semalam.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, seramai 122 tahanan, empat kakitangan Penjara dan dua ahli keluarga kakitangan Penjara didapati positif daripada kluster berkenaan.