AICHI: Polis di Ichinomiya, Aichi Prefecture menahan wanita yang dipercayai meninggalkan mayat suaminya di ruang tamu rumah selepas suaminya meninggal dunia antara 27 Februari hingga 23 Mac.

Sankei Shimbun melaporkan Akemi Hirose, 63, memberitahu polis, dia mendapati suaminya tidak bergerak pada awal pagi.

Setelah memeriksanya, Hirose mendapati badannya sudah sejuk dan dia seperti sudah meninggal.

Hirose memberitahu dia merasakan badan mendiang tidak akan dapat dimasukkan ke dalam keranda ekoran itu dia membiarkannya di ruang tamu sahaja.

Mayat suaminya ditemui oleh anak perempuan pasangan itu yang datang melawat pada Selasa dan terus menghubungi 110.