Tuesday, May 11, 2021

Neelofa mahu isu SOP diselesai secara profesional

Mesti baca

PUTRAJAYA: Noor Neelofa Mohd Noor, 32, enggan mengulas lanjut isu kontroversi pelanggaran SOP majlis pernikahan serta membabitkan insiden merentas negeri dihadapinya.

Memetik Berita Harian, selebriti dan usahawan itu memberitahu pihaknya menyelesaikan isu tersebut secara profesional dengan PDRM.

Laporan menyebut, Neelofa enggan mengulas panjang isu
foto tular menunjukkan ada hadirin tidak mematuhi SOP ditetapkan MKN – kerana boleh memudaratkan keadaan.

Menurutnya, dia dan suaminya Haris Ismail, 26, atau PU Riz akan memberi keterangan kepada polis.

Harian Metro Online melaporkan, kertas siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz, dijangka siap minggu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, polis akan memanggil pasangan itu untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru