BAHIA: Seorang lelaki yang dilahirkan dengan kepalanya terletak di belakang bahunya, kini sudah berusia 44 tahun.

Laporan doktor menyebut Claudio Vieira de Oliveira mengalami arthrogryposis multiplex congenita (AMC).

Di sebalik kecacatannya, sejak kecil Claudio berazam meneruskan hidupnya sebaik mungkin.

Dia belajar menulis dan membaca dengan ibunya di rumah.

Claudio juga tidak menjadikan keadaannya menjadi penghalangnya melakukan perkara yang diingini.

Ketika ditemu ramah televisyen Brazil G1, Claudio berkata, “saya tak pernah melalui sebarang kesulitan, hidup saya normal,” katanya.

Menurut Claudio, sepanjang pandemik setahun ini, dia melakukan pengasingan diri di rumah. Claudio menggunakan keadaannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

Dia melancarkan DVD, menulis autobiografi, malah sekali-sekala menjadi pakar motivasi sejak 2000.