Tuesday, May 11, 2021

988,284 hektar tanah sudah disukat

Mesti baca

KUCHING: Seluas 988,284 hektar tanah berjaya diukur oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sehingga 15 Mac lepas.

Daripada jumlah itu, 772,102 hektar telah diwartakan.

Menurut Pengarah Tanah dan Survei Abdullah Julaihi, kerja pengukuran tersebut menggunakan dana Kerajaan Persekutuan RM21.5 juta pada tahun ini.

Kerja pengukuran turut menggunakan dana Kerajaan Sarawak RM40 juta sejak 2019.

Bercakap pada Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Pegawai JTS Sarawak di Menara Pelita semalam, Abdullah berharap tanah ini dapat diguna membangunkan aktiviti pertanian moden, memacu transformasi Sarawak sebagai hab pengeluaran makanan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru