Tuesday, May 11, 2021

27,281 daripada 53,598 di S’wak sudah terima dua dos vaksin

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Sudah 53,598 warga Sarawak menerima suntikan satu dos vaksin.

Daripada jumlah itu sekitar separuh daripadanya iaitu 27,281 sudah melengkapkan penerimaan dua dos suntikan.

Setakat awal minggu ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melalui perkongsian infografik di Twitter beliau mengesahkan  seramai 801,773 rakyat negara ini menerima vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Daripada jumlah itu, seramai 87,737 individu kumpulan fasa pertama ini sudah menerima dua dos suntikan vaksin lengkap.

Setakat ini Selangor negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin 71,405 termasuk yang melengkapkan dua dos suntikan 35,255.

Perak berada pada senarai kedua 50,378 dengan 30,793 dua dos vaksin.
Dr Adham turut menjelaskan setakat ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerima pendaftaran 7,906,913 atau 32.6 peratus.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh vaksin fasa pertama yang bermula Februari hingga April ini membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan.s

Fasa kedua: April 2021-Ogos 2021 membabitkan 9.4 juta warga emas serta kumpulan rentan, selain OKU.

Fasa ketiga: Mei 2021-Februari 2022 untuk individu 14 juta individu 18 tahun dan ke atas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru