Tokyo: Seorang lelaki ditahan disyaki menyerang dan mengganggu tugas polis.

Dia dikatakan menyerang polis menggunakan pisau.

Menurut Japan Today, insiden ini berlaku di luar kedai serbaguna di Toshima Ward pada 10:30 malam, Jumaat.

Polis dikatakan menerima panggilan pemilik kedai dan memberitahu terdapat lelaki yang cedera di luar kedainya.

Apabila polis sampai ke tempat kejadian, lelaki itu tiba-tiba menyerangnya di bahagian muka.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan dia mengaku menyerang anggota polis kerana mahu polis melepaskan tembakan ke arahnya.

Dia berharap dapat mati dengan cara sedemikian.