KUCHING: Memperkukuh kerjasama  dengan China dalam e-dagang sangat penting bagi perkembangan ekonomi digital di Sarawak, kata Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Cheng Guangzhong.

“Ya kami menyedari semangat dan minat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam hal ini. Beliau sangat mementingkan  digitalisasi dan sangat komited menyokong kerjasama antara Huawei dengan Alibaba, Sarawak dengan China dalam pembangunan ekonomi digital,” katanya kepada SV.

Katanya, Sarawak sebuah wilayah yang tidak mempunyai perhubungan kereta api atau lebuh raya ke China.

“Jadi, memperkukuhkan kerjasama dalam e-dagang sangat penting bagi perkembangan ekonomi digital kedua-dua pihak, dan China sangat bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang ini,” katanya lagi.

“Kita harus saling membantu dan belajar untuk mewujudkan situasi menang-menang,” tegas Guangzhong.