Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 131.32  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 2.85  juta manakala lebih 105.71 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Ahad menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 131,332,131  kes.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.38 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 568,499  termasuk 793 kes terbaharu sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12.95  juta kes  dengan  330,297  kematian termasuk 1,931 kes terbaharu manakala India lebih 12.48 juta kes dengan  164,655  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Perancis berada di tangga keempat dengan lebih 4.74  juta kes, Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.57 juta kes, UK  lebih 4.35 juta kes.