KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya sebagai balik kampung ketika berkunjung ke Kuching buat julung kalinya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, ketika membarisi kepimpinan kabinet Kerajaan Persekutuan terdahulu, beliau sering berkunjung ke Sarawak dan Kuching.

“Hari ini (Khamis) saya seperti balik kampung sendiri di Kuching. “Di bawah pentadbiran terdahulu, saya sering berkunjung ke Kuching tetapi tidak sangka, hari ini saya kembali lagi sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama-sama penjawat awam di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai pemberian insentif Kerajaan Sarawak kepada penjawat awam Persekutuan, Muhyiddin melahirkan rasa terkejut.

“Saya tidak menyangka Kerajaan Sarawak membantu penjawat awam Persekutuan dengan pemberian insentif,” tegasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengulas kenyataan Pengerusi GPS Abang Johari Tun Openg yang memberitahu parti itu akan terus menyokong Muhyiddin sebagai