Sunday, June 13, 2021

Samarahan FA berazam mahu bangkit hari ini

Mesti baca

SKUAD Samarahan FA melihat peluang tetap ada untuk beroleh kemenangan pertama kempen Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)-Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021.

Lantaran, berazam untuk menumpaskan jiran tetangga ‘Serian FA’ pada pertemuan di Kompleks Sukan Serian petang ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Awang Abdul Rahman Awang Hamid menegaskan, fokus utama pasukannya ketika ini mahu memastikan kemenangan keatas Serian FA.

Bagaimanapun tegasnya, ia bukan tugas yang mudah kerana pasukan lawan turut menyimpan keinginan sama.

Apa pun jelas Awang Abdul Rahman, beliau percaya pemain akan berusaha melaksana tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Pemain sudah melupakan episod kekalahan (5-0) dialami ketika menentang Sarawak United FC II (SU FC II) seminggu lepas dan kini fokus untuk meraih kemenangan apabila bertemu Serian FA,” ujar Awang Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Awang Abdul Rahman percaya pengemudi pasukan (Abang Rili Abang Sa’adili) sudah menyediakan pelan khas kepada anak-anak buahnya untuk mengharungi perlawanan petang ini.

Zon Selatan yang menghimpunkan empat pasukan iaitu Samarahan FA, Serian FA selain dua pasukan pilihan iaitu (SU FC II dan Kuching FC.

Secara Rawak

Artikel Terbaru