LEICESTER: Gara-gara makan biskut dicampur dadah, tiga pelajar terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan makanan tersebut.

Insiden yang berlaku di Kolej Leicester di Evington itu disiasat pihak pengurusan kolej dan polis.

Menurut laporan kolej, biskut buatan sendiri itu dicampur dengan dadah dan ia diagihkan oleh seorang pelajar kepada pelajar lain di kolejnya.

Selang sehari selepas makan biskut tersebut, salah seorang pelajar itu koma dan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ayah mangsa mengesyaki biskut tersebut dicampur serbuk dadah.

Menurut Okozone, dua lagi pelajar kolej itu turut dimasukkan ke hospital selepas makan biskut berkenaan.

Setelah disiasat para pelajar memberitahu biskut itu diberikan kepada mereka pada waktu yang berbeza.