Tuesday, May 11, 2021

290 kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 290 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini dengan satu kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Neheri (JPBM) dalam satu kenyataan berkata daerah-daerah yang melaporkan kes positif Covid-19 ialah Kuching (86), Bintulu (81), Miri (36), Sibu (22), Serian (20), Samarahan (7), Kapit (6), Subis (6), Julau (5), Bukit Mabong (4), Meradong (3), Marudi (3), Sarikei (2), Selangau (2), Sri Aman (2), Tebedu (2), Tanjung Manis (1), Tatau (1), dan Belaga (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,135 kes.

“Terdapat satu kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 113 orang,” katanya.

Tambah JPBN, kematian ke-113 merupakan kes ke-16,593 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 50 tahun yang telah ditemui tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga di rumah.

“Kes dibawa terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu oleh keluarga.

“Kes disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2021. Ujian rt-PCR telah diambil pada 30 Mac 2021 dan didapati positif COVID-19 pada 02 April 2021 dan kes tidak mempunyai ko-morbid,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru