Sunday, July 3, 2022

156 tentera darat terima dos kedua vaksin di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (VVP) Dewan Seri Angkasa, pangkalan udara Kuching pada Jumaat bagi melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19.

Seramai 156 anggota Tentera Darat di sekitar kuching telah menerima dos kedua suntikan vaksin Covid-19 bermula jam 9.00 pagi.

“Sesi hari ini (semalam) merupakan kesinambungan daripada Program Imunisasi Tentera Darat Malaysia mendokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)”.

Menurutnya, program ini bertujuan agar imuniti kelompok dapat dibentuk dalam kalangan komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, turut hadir melengkapkan suntikan dos kedua adalah Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Azhar Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat di sekitar Kuching.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru