Tuesday, May 11, 2021

Rumah pekerja ladang di Daro musnah dalam kebakaran

Mesti baca

DARO: Sebuah rumah pekerja ladang sawit jenis tidak kekal di Ladang Tutus di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.49 pagi dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Daro yang diketuai PBK II Mustapha Wasli dikerah ke tempat kejadian bersama sebuah FRV.

“Didapati rumah pekerja ladang sawit jenis tidak kekal tujuh unit bersambung dengan keluasan 12′ x 30′ setiap unit telah musnah sepenuhnya.

“Kesemua 16 penghuni iaitu pekerja asing warganegara Indonesia sempat menyelamatkan diri dari kebakaran berkenaan,” tambahnya lagi.

Namun demikian, salah seorang penghuni mengalami cedera ringan melecur pada bahagian lengan dan segera dihantar ke hospital Daro menggunakan ambulan.

Operasi pemadaman diteruskan dengan mengepam sumber air terbuka dari parit berdekatan dengan jarak 200 kaki dengan satu aliran dua nozel.

Kebakaran berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.00 pagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru