Tuesday, May 11, 2021

PM puji keenakan makan mi kolok Haji Salleh

Mesti baca

KUCHING: Dapat dibayangkan perasaan pemilik kedai mi kolok  terkenal di sini apabila dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meluangkan waktu untuk bersarapan di Kafe Sepinag Sari .

Tentu pada awalnya Haji Salleh Reduan tidak terlintas di di fikiran Perdana Menteri akan mengunjungi kedai miliknya yang kini dikendalikan oleh anak beliau.

Memikirkan kedatangan pemimpin nombor satu negara itu diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tiun Openg tentu membuat beliau tersenyum lebar.

Ia pasti akan menjadi kenangan sepanjang hayat olehnya dan anak-anak apatah lagi mereka sempat bergambar dengan pemimpin negara itu.

Beliau mengakui perasaannya bercampur-baur, antara bangga, teruja dan gementar. 

Ya, maklumlah, memikirkan bukan calang-calang atau kaleng-kaleng tetamu atau pelanggan yang hendak menikmati mi kolok di kedainya.

Pada tahun lepas nama Haji Salleh dan mi koloknya tular dan menjadi sebutan, malah keluarga terbabit mengharapkan suatu hari Perdana Menteri akan singgah di kedai mereka. 

Ya, hari ini impian itu menjadi kenyataan.

Muhyiddin pada pagi tadi menikmati mi kolok daging, selain dihidangkan dengan kek lapis dan menyifatkan mi berkenaan enak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru