KUCHING: GPS semalam menegaskan semula pendiriannya memberi  sokongan penuh terhadap  kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara ini ketika beliau mengadakan lawatan rasmi dua hari ke negeri ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri menikmati sarapan mi kolok di sebuah kedai terkemuka di bandar raya ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS, berkata pihaknya yakin terhadap kepimpinan Muhyiddin yang memberi penekanan kepada  pentingnya kestabilan negara dalam usaha untuk memakmurkan negara selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Saya percaya masa eepan negara akan lebih terjamin jika negeri ini stabil dari segi poilitik,” katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan khas perdana menteri bersama penjawat awam Sarawak dan persekutuan, di sini pada Khamis.

“Ini seterusnya akan menjadi tarikan kepada pelaburan dan pembangunan Sarawak,” tegas Abang Johari sambil menyatakan kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan  Persekutuan begitu rapat,  sama seperti akrabnya hubungan  dalam kalangan penjawat awam di negeri ini.

GPS yang terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP menzahirkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin bagi membantu membentuk kerajaan persekutuan pada mac tahun lepas.

Abang Joari yakin juika politik stabil, semua masalah dapat ditangani dengan baik.