Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 130.15  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.83  juta manakala lebih 104.88  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Jumaat menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 130,157,191 kes.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.24 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 566,611    sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   12, 84 juta kes  dengan  325,559  kematian manakala India lebih 12.30  juta kes dengan  163,428  kematian.

Rusia, United Kingdom dan Perancis  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali dan Sepanyol  melebihi tiga juta.

Perancis berada di tangga keempat dengan lebih 4.6 juta kes, Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.55 juta kes, UK  lebih 4.35 juta kes.