Sunday, November 27, 2022

Projek penembokan tapak Masjid Baru Kuala Matu sudah bermula

Secara Rawak

MATU: Kerja-kerja penembokan tapak Masjid Baru Kuala Matu telah bermula dan dijangka siap pada Julai depan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan apabila siap kelak, masjid dibina di bawah peruntukan Projek Rakyat itu mampu memuatkan 1200 jemaah itu turut dilengkapi dengan Balai Cerap untuk melihat anak bulan.

Lebih menarik apabila rekabentuknya mengambil kira motif Melanau iaitu terendak.

“Diharapkan ianya akan siap mengikut jadual, ini adalah satu lagi kemudahan masyarakat kita, di bawah kerajaan GPS.

“Peruntukan pembinaan masjid tersebut adalah RM11.3 juta,” katanya semasa meninjau tapak projek pembinaan masjid itu pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah memberitahu kerja-kerja pembinaan benteng hakisan Pantai Kuala Matu juga akan bermula dalam masa terdekat.

Menurutnya, projek menelan kos sebanyak RM8.8 juta itu adalah fasa pertama pembangunan pengindahan Pantai Kuala Matu.

Fasa kedua jelas beliau melibatkan penambahan fasiliti seperti gerai kekal berbanding gerai yang ada sekarang termasuk pembinaan fasiliti riadah.

Manakala fasa ketiga yang menelan kos sebanyak RM5 juta merangkumi pembangunan fasiliti rumah rehat untuk orang ramai.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru