BANGKOK: Remaja lelaki di Thailand baru-baru ini begitu teruja selepas membeli iphone dengan harga murah melalui pembelian dalam talian.

Namun, dia menerima kejutan selepas barangan dihantar kepadanya bukanlah iphone sebenar, sebaliknya meja yang bentuknya seperti iphone.

Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana secara terang dan nyata ia bukan kesalahan pihak penjual sebaliknya kesalahan dirinya sendiri.

Dia begitu teruja melihat harga barang tersebut yang dipamerkan di platform itu begitu murah sehingga tidak membaca maklumat lanjut produk terbabit.

Remaja tersebut hanya menyedari kesalahannya selepas menerima barangan yang dipesannya.

Barang tersebut sama tinggi dengan badannya.

Menurut Ary News, dia kemudiannya memuat naik statusnya di sosial media menyebabkan netizen geli hati dengan situasinya.